1. Feudalisme adalah
satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M,
selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13
Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan
orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara
umumnya Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah didefinisikan sebagai
satu bentuk kerajaan, yang kuasa politiknya
dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan
oleh kerajaan pusat.
3.
Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan
pada kurun ke- 17 bagi merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman
pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling
memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals)
dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani
bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai
balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun
istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief),
namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal
pada zaman
itu.
4.
Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92 Pada asasnya, sistem
ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat
antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau
pemegang tanah (petani) yang disyaratkan untuk
memberi taat setia kepada lord. Satu pihak
akan memberi perlindungan sementara
satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan
demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu
sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain
aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai feudotari
juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah
membekalkan buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan
kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI
MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof
(1944) Sistem feudal sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting
iaitu hubungan bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal)
kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak
milik tanah atau sistem fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta
hak-hak perundangan.
1.
Vassalage atau hubungan
bertimbal balas yang
di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal)
kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada
Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini
merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia
melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas
hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang
Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu
memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada
lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan
kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
2.
Ciri yang kedua ialah fief
iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh
seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut.
Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat
ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi
Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah
sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga
diberikan sebagai bentuk fief. Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal
yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena
biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan
ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun
selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala
keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh
masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman
pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk
akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan
raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah
dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan
seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan
seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian,
senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan
memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan
hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang
yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi
dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal
melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan
pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah
sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani
kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu
mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas
hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah
mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada
zaman feudal di Eropah Barat.
3.
Ciri Feudal yang ketiga ialah
ketenteraan,
iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat
ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan
fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu
organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh
vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan
perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi
hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan
pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China,
India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin
wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja
dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga
dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan
teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan
dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan
knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur
Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas
tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang
jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di
eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama
dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah
meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang
dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
4.
Ciri yang keempat ialah
pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan
dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi
penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang
biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang
lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan
undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi
kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan
seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang
berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja,
golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan
kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang
raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau
bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan
kedudukan raja itu sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh,
maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi
kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda
selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer
(1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini
merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun
tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan,
pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi.
Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme
bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu
bentuk hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas
hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara
lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki
menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada
keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang
wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan
tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat
feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan
golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar
(bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau petani.
2. Raja mempunyai
kuasa mutlak dan berada dikedudukan paling tinggi. Di bawah raja,
terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan
lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada
raja dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai
subinfeudation.
4. Bangsawan
lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di
fiefnya.
5. Kelas
paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum tani semuanya miskin dan tidak
berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali
mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka.Hampir
kesemua petani terdiri daripada golongan serf yangbertaraf
antara orang bebas dengan hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan
masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba
seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai
kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang
jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja
(Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah
boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

No comments:
Post a Comment